Quantcast
Channel: Toppik Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 92

Cara Penjagaan Rambut Gugur Selepas Bersalin

$
0
0

hair
Cara Penjagaan Rambut Gugur Selepas Bersalin

Bagi wanita-wanita yang baru saja melahirkan anak, jangan terlalu panik jika

anda mengalami masalah rambut gugur. Tubuh badan anda baru sahaja

mengalami perubahan hormon yang mendadak.

Jadi sebenarnya, perkara ini adalah normal dan berlaku kepada hampir

kesemua wanita selepas bersalin. Mereka yang berambut panjang

akan lebih cepat menyedari terjadinya perubahan ini pada rambut mereka.

Bilakah Rambut Akan Kembali Normal?

Selepas bersalin, paras hormon estrogen akan menurun lalu

menyebabkan semakin banyak folikel rambut memasuki fasa ‘berehat’.

Fasa ini menyebabkan lebih banyak rambut mudah gugur semasa

mandi atau bersikat.

Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, ia dijangka

akan kembali normal dalam masa 6 hingga 12 bulan selepas bersalin.

 

Bagaimana Cara Penjagaan Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Jika anda menyedari masalah rambut gugur yang berlaku selepas bersalin,

cepat-cepatlah bertindak.

Walaupun ianya normal, jangan pula terlalu memandang ringan

terhadap penjagaan rambut.

Sekurang-kurangnya anda mampu memperlahankan proses tersebut.

 

Apa yang boleh anda lakukan sepanjang tempoh tersebut ialah:

 

Eat-Healthy

1. Makan Secara Sihat

Meneruskan pengambilan makanan berkhasiat setiap hari.

Tempoh berpantang adalah waktu yang terbaik untuk anda mula

memakan makanan yang kaya protein, vitamin, zat besi, dan mineral.

Selain membantu memulihkan luka bersalin, ia juga dapat membantu

menguatkan akar-akar rambut.
thinkstock_rf_photo_of_hair_chemical_application

2. Jauhi Proses Penggayaan Rambut Yang Berat

Elakkan sebarang rawatan rambut dalam masa terdekat, lebih-lebih

lagi yang melibatkan penggunaan bahan kimia berlebihan.

Proses mengerinting, melurus, mewarna adalah antara proses penggayaan

rambut yang boleh ditunda dahulu sekiranya anda mengalami

masalah rambut gugur yang serius.
Vitamins-for-the-Hair1

3. Ambil Suplemen Tambahan

Ada yang berikhtiar dengan mengambil suplemen tambahan

sepanjang tempoh berpantang. Tidak dinafikan, ada produk yang bagus

dan mampu mengatasi masalah ini dengan baik.

Namun, harus diingat bahawa penggunaan produk berpantang juga

kadangkala mempunyai kesan

sampingan yang tertentu kepada rambut anda. Pastikan anda

menggunakan produk berpantang yang

diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar ia dijamin selamat.

Lebih elok jika dapat memilih rangkaian produk organik supaya ia lebih serasi

dan kurang bahan kimia.

pretty elegancy woman taking shower

pretty elegancy woman taking shower

4. Jaga Kesihatan Dan Kebersihan Rambut

 

Amalkan kebersihan dengan rutin mencuci dan mengeringkan

rambut seperti biasa. Elakkan rambut

daripada diikat terlalu ketat atau ditutup terlalu lama kerana ia boleh

merosakkan folikel rambut. Selain

itu, cuba elakkan penggunaan pengering rambut selagi boleh kerana haba

yang keterlaluan juga mampu

merosakkan rambut.
gallery-1449245191-screen-shot-2015-12-04-at-110416-am

5. Potong Rambut Pendek

Sebagai alternatif, anda disyorkan untuk memotong rambut pendek

supaya mudah diurus, lebih-lebih

lagi sepanjang tempoh berpantang. Secara emosinya, anda juga tidak akan

merasa begitu risau kerana kurangnya rambut gugur yang tersekat di sinki.

Penampilan tampak lebih kemas dan tidak merimaskan.
sww-comb-lead

6. Gunakan Sikat Yang Elok

Pilih sikat yang sesuai dan lembut. Sikatkan rambut dengan

cermat dan berhati-hati. Elakkan menyikat

rambut semasa rambut masih basah kerana rambut lebih rapuh dan akan

menyebabkan masalah keguguran rambut lebih teruk.

 

aloe-vera-gel-on-wooden-spoon

7. Amalkan Petua Semulajadi

Selain daripada penjagaan biasa, anda boleh cuba mengamalkan

beberapa petua yang bersifat

semulajadi seperti penggunaan pes daun bunga raya, aloe vera, santan kelapa,

atau campuran madu

dan telur. Sedikit sebanyak, ia mampu memberi kesegaran kepada kulit kepala

anda sewaktu berpantang.

 

Dapatkan Rawatan Sekiranya Keadaan Berterusan

Jika keadaan masih lagi berterusan selepas 12 bulan, pastikan

anda mendapatkan pandangan pakar supaya dapat mengesan punca sebenar.

Elakkan daripada bertukar-tukar produk terlalu kerap kerana ia

hanya akan memburukkan keadaan.

 

Kini, terdapat pelbagai rawatan rambut gugur yang dipraktikkan,

sama ada secara moden atau tradisional. Pilihlah y saja yang bersesuaian untuk anda.

Sementara itu, jaga kesihatan anda sebaiknya ya!

The post Cara Penjagaan Rambut Gugur Selepas Bersalin appeared first on ToppikMalaysia.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 92

Trending Articles